Pelaburan Akhirat...

Sekadar ingin berkongsi....Semalama tonton siri tanyalah ustaz bahagian 1 ...yang membincangkan mengenai Pelaburan Akhirat...Atau saham2 yang akan kita kutip ganjaranyer ketika di alam yang satu lagi....mungkin ramai di antara kita termasuk lah diri saya...yang terlalu ghairah mengejar akan ganjaran didunia ini...yang sebenarnyer hanya bersifat sementara...saham itu dan ini,,,untung sekian-sekian percentage nyer....sehingga terkadang terlupa tentang pekara yang kekal abadi yang sepatutnyer di titik beratkan.....
Terfikir sejenak berapa banyak kah yang telah i laburkan untuk saham di akhirat yang bole dilakukan dengan beberapa cara yang telah digariskan:

Rasullulah SAW:
“ Berilah makan kepada orang lapar , ziarahilah orang yang sakit dan bebaskanlah orang yang ditawan” ( HR Imam Bukhari )

bila difikir2kan....terlalu sedikit wang/tenaga yang dilaburkan ke arah itu....sedangkan ....dividen yang akan di beri oleh Allah SWT kepada kita tidak terbayang seperti imbuhan di dunia ini....Subhanallah.!!

Bila waktu paling berbaloi melabur dalam saham akhirat....????

Selalunya...Bila dah Sakit,dah tua baru lah sebuk nk bersedekah...tpi ni kira ok lah..nak jgk dia bersedekah....tapi tahukah anda bilakah harga pasaran saham akhirat melonjak tinggi....ianya adalah ketika kita merasa sehat,tamak dan sayang terhadap harta yang kita miliki...so saat ini lah sebenarnya kita harus merebut peluang untuk membeli saham2 akhirat ini...kerana ketika ini terlalu sedikit yang berbuat demikian....untuk mendapat keuntungan berlipat kali ganda...

jika tidak silap saya dalam surah al-quran ( al baqarah ayat 261 kalo tidak silap saya...jika silap tolong betolkan...terima kasih) bayangan keuntungan yang akan kita perolehi ketika diakhirat itu adalah seumpama 1 biji benih yang kita sedekahkan akan bercambah menjadi 7 dahan dan di setiap dahan pula akan ada 100 ranting...so bayangkan lah kalo ia dikira dgn wang ringgit...RM1 = RM700..dan seterusnya...Subhanallah...Maha Suci Allah!!!!....Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Penyanyang ...jadi adakah kita masih ragu2 untuk bersedekah ke jalan agama AllahSWt...

Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sehahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya “ ( Al Baqarah : 93 )

Setelah itu ditanyakan pula...Kepada siapa Yang lebih Utama Kita Perlu sedekah kan...??
maka jawapanya adalah Saudara- saudara mu....tapi aper yang banyak berlaku sekarang...sebaliknya....kan....so marilah kita sama2 meningatkan antara satu sama lain....

antara  kisah yang dikongsikan oleh ustaz yang dijemput pada malam itu iaitu mengenai betapa sahabat2 Rassullulah begitu mementingkan Sahamnya untuk akhirat....kisahnya begini...Ketika zaman Saidina Abu bakar ra...telah muncul satu zaman yang berada dalam keadaan yg kering kontang...dan kurang sumber makanan...dan ketika itu semuanya berada dalam keadaan yag gusar dan tidak stabil....kemudian nya pulang lah saidina usman ra..merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya....pulang membawa 1000 ekor unta yang setiap darinya penuh dengan barang2 atau hasil jualan yang berupa makanan dan sebagainya...maka datang beberapa org ahli perniagaan yang ketika itu ingin membeli unta2 tersebut...kemudianya Saidina 'usman RA tanyakan berapakah yang mereka sanggup bayar untuk setiap unta itu....masing2 meletakkan harga yang 2-3 kali ganda...tetapi Saidina Usman menolaknya...Kerana Tiada yang bisa menandingi harga yang telah dijanjikan oleh Allah SWT iaitu setiap 1 amal soleh itu akan mendapat 10 kebajikan ...maka Beliau pun Mensedekahkan kesemua unta2nya itu kepada penduduk disitu...betapa tulusnya hatinya mencari keredha Allah SWT....jadi bagaimana dgn kita???marilah kita sama check N balance...agar kita mendapat keberkatan di dunia dan akhirat...Amin...

Pahala Beterusan:
“Apabila mati seseorang manusia maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga punca : sedekah yang berkekalan, Ilmu yang dimanfaatkan oleh orang dan anak yang soleh yang mendoakannya. “


P/S: ramai yang tertipu dengan saham dunia...tetapi ketahui lah Bahawa Janji Allah SWT itu Adalah benar...Dan hari akhirat itu adalah Benar...

0 Response to "Pelaburan Akhirat..."