Nak Mengumpat???? Fikir2 lah Dulu....


Mengumpat = Kamu menyebut sesuatu tentang saudara kamu yang ia marah ( jika /ia tahu) ...
kita Selalu dengar orang akan kata...." Saya bukan Mengumpat saya Cakap benda yang betol!!" ..adakah ini dikatakan bkn mengumpat....jawapanya salah....kerana menyebut sesuatu yang benar mengenai seseorang yang mana jika ia tahu akan mendatangkan kemarahan itu lah yang dikatakan umpat....tetapi jika kita menyebut atau menyebarkan sesuatu pekara yang tidak benar maka itu adalah Fitnah....bkn lg dikira umpat...

Dosa Mengumpat=  Seolah2 anda sedang menempah Untuk memakan "Burger Daging Manusia yang telah mati" dengar pun dah geli n jijik kan.....( dalam al-quran bahawa mengumpat itu umpama seseorang memakan daging saudaranya yang telah mati...( Surah Al-hurujat 49:12)

6 Umpatan yang diharuskan
1. mengadu kezaliman dan pengkhianatan yang berlaku....
2. Meminta pertolongan untuk mengubah kemungkaran berlaku...( melibatkan ancaman kepada aqidah )
3.meminta Fatwa...atau nasihat daripada mufti ( contoh isteri menceritakan perbuatan jahat suaminya)
4. Menyelamatkan saudaranya daripada kejahatan seseorang (Contoh: Mengenai bakal Lelaki dan perempuan yang ingin dikahwini..)
5. Memperkenalkan seseorang yang memang terkenal dengan gelaran tertentu( contoh : apabila disebut sifat cacatnya.)
6.Seseorang yang terang2 melakukan kefasiqan..( contoh : Penzina,peminum arak dsbgnya...namun jika ia lakukan secara bersembunyi maka tidak harus untuk menyebutnya...)

Cara Hindarkan diri dari Xtvt Umpat...
1.Try Tegur member Dengan cara yang berkhemah supaya tidak mendatangkan pekara buruk berlaku...
2.Kalo Xjalan gak Try Bukak cErita Lain...
3. Kalo X bole Blah jgk kita Lah yg terpaksa blah dr tempat mereka tu....kerana dengar org mengumpat tu pun dah dikira berdosa....kang xpasal2 kita terumpat sekali...terpaksa plak share pahala dgn org yg diumpat tadi...n bila kita ni dah xder pahala...terpaksalah tanggung plak dosa dia...oh Tidak!!!!..so selamat beramal....

P/s: tetapi pekara yang mengharuskan umpatan itu sekadar untuk mengatasi sesuatu keadaan yang darurat...dan jika tidak di mention nama seseorang itu lebih baik....sama2lah kita meghindarkan diri dari penyakit umpat ini....sekian....
Sumber : Majalah Solusi isu no 30...

1 Response to "Nak Mengumpat???? Fikir2 lah Dulu...."

kotak bulat said...

wah~ detail btul.. :) suka entri ni