PUNCA LELAKI TIDAK SUBUR????

PUNCA KETIDAKSUBURAN

Masalah ketidaksuburan lelaki boleh dibahagi kepada tiga punca utama iaitu hormon, sperma dan penis.
Masalah hormon berlaku jika hormon pembebasan Gonadotropin (GnRH) yang dibebaskan daripada kelenjar pitutuari yang berada di bahagian kepala tidak mencukupi, ia tidak dapat merangsang testis menghasilkan sperma dan matang.

Penggunaan steroid berpanjangan akan menyebabkan testosteron tidak dapat dihasilkan lalu membuatkan testis mengecut. Jika rawatan radiasi dan kimoterapi pernah dilakukan pada bahagian otak, ia turut mengganggu hormon lelaki.

Masalah sperma berlaku pada pesakit yang tidak mempunyai masalah hormon. Ia dapat merangsang testis menghasilkan sperma, tetapi sperma yang dihasilkan tidak cukup, tidak berkualiti atau ada yang cacat. Bilangan sperma yang normal adalah 60 juta setiap sentimeter padu dan mereka yang mengeluarkan kurang daripada 20 juta sperma disahkan mempunyai masalah kesuburan.

Kekurangan jumlah sperma itu akan mengurangkan peluang persenyawaan dan kehamilan. Penyakit seperti perkembangan beguk selepas akil baligh boleh merosakkan sel-sel yang menghasilkan sperma begitu juga penyakit lain seperti demam yang terlalu panas dan jangkitan pada testis. Selain masalah genetik seperti kecacatan genetik sejak lahir iaitu mempunyai satu testis sahaja, faktor luar juga mempengaruhi jumlah dan kualiti sperma.
 Antaranya memakai pakaian terutamanya seluar dalam yang ketat kerana jumlah sperma akan jatuh jika testis berada dalam keadaan panas.“Ramai yang tidak tahu dengan selalu meletakkan komputer riba di riba turut mengurangkan sperma kerana haba yang dihasilkan.

“Pengambilan dadah seperti kokain turut mengurangkan produksi sperma. “Selain itu, ada ubat-ubatan yang mengganggu pengeluaran sperma seperti ubat darah tinggi iaitu calcium channel blocker dan ubat kulat. Bagi kes sperma cacat, walaupun persenyawaan berlaku, badan wanita akan secara semulajadi menggugurkannya.

Jika bukan hormon atau sperma yang menjadi punca ketidaksuburan, masalah lain mungkin berpunca daripadapenis yang bermasalah.

Sperma yang terhasil tidak dapat keluar melalui penis akibat beberapa kerosakan atau kecacatan. Selain itu, jika buah zakar bayi lelaki tidak berpindah ke tempat sepatutnya yang digelar cryptochildism akan mempengaruhi kesuburan lelaki pada masa depan.

Masalah lain seperti kanser testis, pembedahan atau kecederaan pada penis yang menyebabkan saluran darah ke penis pecah boleh menyebabkan kemandulan.
 PENYELESAIAN

1- Bagi lelaki, banyak meminum air dapat membantu meningkatkan kuantiti air mani. Anda perlu minum sekurang-kurangnya empat liter sehari.

2- Selain itu, daging mengandungi pelbagai nutrien sesuai untuk penghasilan sperma. Ikan tuna, ayam dan daging merah mengandungi asid amino seperti L-Arginine dan L-Carnitine yang penting untuk sperma.

3- Tiram dan makanan laut pula mengandungi zink yang penting untuk penghasilan air mani serta keaktifan sperma. Kekacang pula bagus dimakan kerana mengandungi banyak zat galian zink dan selenium.

4- Bijirin seperti oat dan granola, buah-buahan seperti buahan citrus, bayam, brokoli dan asparagus juga elok dimakan kerana mengandungi asid folik.

5- Buah-buahan tempatan juga mempunyai nutrien baik dan penting untuk penghasilan air mani. Buah nangka dan betik mengandungi banyak antioksida yang boleh mempengaruhi kualiti sperma dalam badan. Pendek kata, semua buah-buahan dan sayuran menyumbang kepada isi padu, kesihatan dan kandungan air mani seseorang.

6- Sebagai ikhtiar, saya juga mencadangkan kepada pasangan yang mengalami masalah ini untuk menggunakan set Shaklee yang terbukti berkesan dalam menyelesaikan masalah ini dengan jayanya. Vitamin E dan Zinc Complex pasti dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah yang 'mencalarkan' reputasi anda ini.
ZINC COMPLEX

Zinc digunakan untuk kesuburan kerana ia berperanan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina. Zink juga merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone dan memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose Nucleid Acid).

Zink Complex Shaklee merupakan faktor dalam memelihara kesihatan yang baik dan membantu dalam memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein. Ia juga menyediakan kalsium untuk memelihara kesihatan.

Zink merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita. Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita.

VITAMIN E 

Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel-sel baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita.

Vita-E complex mengandungi Vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E. 

Setiap kapsul gel lembut memberikan 400IU vitamin E semulajadi dan 10mcg selenium dan membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.

7- Doa: Jangan lupa untuk memohon pertolongan dariNya yang Maha Berkuasa dan Berkehendak. mohonlah pada waktu-waktu istijabah (mustajab). Barangsiapa yang berikhtiar tanpa berdoa, sesungguhnya dia sombong kepada Allah. Allah SWT berfirman,"Mintalah kepada ku, nescaya akan ku perkenankan".

Jadi, jangan sekali-kali berputus asa berdoa dan berusahA

Semua makanan dan suplemen yang saya nyatakan di atas boleh diamalkan jika ingin menambah isi padu air mani yang berkualiti, baik untuk lelaki muda mahupun berumur, sekali gus meningkatkan peluang kehamilan dan kesuburan lelaki. Sekian

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI SAYA LISSA PENGGUNA DAN PENGEDAR SAH SHAKLEE ANDA 011 1134 6656 DAPATKAN HARGA ISTIMEWA DARI SAYA ..INSYAALLAH 
PS : THANKS TO blog cikgu MAT

0 Response to "PUNCA LELAKI TIDAK SUBUR????"