5 jenis makanan/minuman yang perlu dielakkan semasa proses Detox

5 jenis makanan/minuman yang perlu dielakkan semasa proses Detox

5 makanan/minuman di bawah , amat digemari ramai. Iaitu:
  1. GANDUM
  2. SUSU
  3. CAFFEINE
  4. ALKOHOL
  5. LEMAK YANG TIDAK BAIK
GANDUM
Gandum mempunyai gluten. Gluten ialah sejenis protein yang tidak boleh dihadam oleh badan. Semua jenis bahan yang tidak boleh dihadam, akan menjadi toksin di dalam saluran darah. Jadi amat penting bagi kita untuk mengelakkan makan makanan berunsur gandum, untuk memberi fokus kepada hati menyahtoksin bahan lain. Kalau hati sibuk membuang toksin, tapi kita menambah toksin, maknanya proses ini akan jadi lambat ataupun tidak berjaya.

Simptom alergi terhadap gluten
  • Sinus
  • Keletihan
  • Ulser mulut
  • Anemia
  • Cirit-birit / Sembelit
  • Kembung perut
  • Kurang penumpuan / brain fog
Makanan yang mengandungi gluten ialah roti, pasta, tepung gandum, pizza, kek dan banyak lagi. Kesimpulannya makanan yang diperbuat dari tepung gandum perlu dielakkan.

SUSU
Susu lembu ialah minuman yang paling biasa kita dengar menyebabkan alergi. Gula di dalam susu lembu lah yang menyebabkan alergi. Ia dipanggil samada anda 'lactose intolerence'  ataupun alergi protein susu. Apa sebenarnya yang berlaku ialah, apabila kita meningkat dewasa, sejenis enzim yang digunakan untuk menghadam protein susu, iaitu lactase akan kurang dihasilkan, so terjadilah 'lactose intolerence'. Sebab kedua ialah tubuh badan manusia bukan dicipta untuk menerima susu lembu ke dalam sistem penghadaman.

Tanda-tanda 'Lactose Intolerence'
  • Asthma
  • Bronkitis
  • Keletihan
  • Cirit-birit
  • Eczema
  • Sering mengalami jangkitan
  • Migraine, sakit kepala
  • Pedih ulu hati
  • Hyperactive
  • Ketidakhadaman
  • Rheumatoid Arthithis
  • Sinus
Susu wujud di dalam keju, krim, yogurt, butter, ais-krim dan banyak lagi.

Alternatif bagi susu lembu ialah: susu soya, santan, yogurt dari sumber soya, non-hydrogenated mentega spread dari sumber sayuran.

CAFFEINE
Ramai orang beranggapan minum kopi dapat menambah tenaga. Sebenarnya tubuh badan kita menganggap caffeine sebagai toksin. Jika kita kuat minum kopi/teh/Coke/Redbull, hati sibuk bekerja keras untuk menyahtoksin caffeine, dalam masa yang sama mengabaikan toksin lain

Minuman alternatif kepada minuman berkafein ialah:
Teh hijau (tidak lebih dari 2 cawan sehari), rosehip tea, air masak, air lemon dan juga jus buah-buahan.

ALKOHOL
Kita memang tahu bahawa alkohol bukanlah minuman yang baik dan diharamkan oleh Allah SWT. Ia memudaratkan kerana mempunyai kandungan toksin yang sangat tinggi.  Apabila minum terlalu banyak alkohol, kita akan mabuk, pening dan tidak sedarkan diri, ini adalah kerana toksin yang sangat berasid ini bertindak balas dengan tubuh badan si peminum, mengeluarkan sejenis enzim untuk memprosesnya, namun kekurangan enzim atau terlebih enzim ini menyebabkan mabuk dan pening. Sebab-sebab lain perlu dielakkan minum alkohol ialah:
  • Alkohol menyebabkan kanser
  • Alkohol memusnahkan nutrien dalam badan
  • Alkohol menyebabkan dehidrasi

LEMAK TIDAK BAIK (BAD FAT)
Lemak yang baik ialah Omega-3 dan omega-6. Lemak yang tidak baik ialah seperti minyak sayuran hydrogenated dan tarns-fat. Elakkan makan makanan bergoreng dan elakkan membeli minyak sayuran yang mempunyai perkataan 'HYDROGENATED'.
Trans-fat juga tergolong dalam kumpulan lemak tidak baik.  Sebab itu kita lihat banyak bungkusan makanan yang tertulis 'NO TRANS-FAT'. Ia banyak didapati dari kentang goreng, donut dan makanan segera. Trans-fat dan hydrogenated fat sangat susah untuk dihadam dan sukar dinyahtoksin, ia juga boleh membuatkan hati tersumbat.

Senarai makan berlemak yang perlu dielakkan:
  • Semua jenis daging
  • ikan goreng dan telur goreng
  • makanan diproses seperti hotdog, burger
  • kentang goreng
Tapi bukan semua jenis lemak perlu dielakkan. Lemak yang baik dan memberi faedah kepada tubuh badan kita ialah Omega-6 seperti yang terdapat dalamGLA Complex dan Omega-3, seperti yang terdapat dalam OmegaGuard.

Tetapi, makanan yang saya listkan di atas, bukannya perlu dielakkan selama-lamanya (kecuali alkohol). Makanan ini hanya perlu dielakkan semasa proses detox badan. Proses detox biasanya mengambil masa 3-10 hari. Selepas itu, anda boleh mengambil semula makanan tersebut, dengan syarat ia diambil dalam kadar yang sedikit.

Dalam Shaklee terdapat 2 Produk yang berfungsi sebagai DETOX Toksin 
ALFAFA 

Untuk keterangan Lanjut bole PM@WASUP 011 1134 6656 lissa .. Harga Menarik Menanti anda ..

Ps: Kredit to http://www.sihatcantikcergas.com/2012/06/5-jenis-makananminuman-yang-perlu.html

0 Response to "5 jenis makanan/minuman yang perlu dielakkan semasa proses Detox"