Adakah anda Mengerti....

Melihat telatah manusia hari ini...seperti tidak memikirkan yang hidup ini hanya laluan untuk ke alam yg satu lagi..iaitu alam akhirat,...yang sebelumnye akan kita tempuh dengan alam kubur.....tetapi...berapa ramai dari kita manusia yang beragama islam memahami akan maksud setiap bacaan kita dalam solat dan semasa membaca al-quran atau pun doa....manusia sekarang lebih ramai mahukan ank2 mereka petah berbahasa inggeris atau mandarin....tetapi sungguh kurang yang menekankan ilmu agama....adakah mereka lupa...yang dunia ini hanya persinggahan...dan yg kekal itu hanya lah ibadah agamanya....

hari ni ingin saya berkongsi tafsiran al fatihah yg wajib kita baca ketika solat....dan ketika melalui kawasan kubur dengan tujuan utk sedekahkan bacaan al fatiha...tapi adakah kita memahami dan menghayatinyer....fikir2kan...semoga kita tidak tergolong dlm golongan yg hanya melepaskan batuk di tangga...

Surah 1 Al-Fatihah ( 7 ayat ) الفاتحة

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam

الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
Yang menguasai di Hari Pembalasan

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.

اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
Tunjukilah kami jalan yang lurus,

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
(yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat

Dengan memahami setiap bacaan serta menghayatinyer...pasti ia membantu kita untuk khusyuk dalam solat....semoga kita dapat mempersembahkan hadiah(solat) yang terbaik kepada Allah SWT....amin....

0 Response to "Adakah anda Mengerti...."